November 30, 2016

Time flies so fast!

Assalamualaikum.
Hai, readers! I'm back! haha.

Going out with old friend of mine yesterday giving me some ideas to write today.
Argh! Can't believe I'm growing up too fast! Haha. Nah.

Well.. I get emotional out of sudden. * Lap air mata * Gosh. Can't believe I'm in my last teen.

Short reunion with old classmates. Well, they're ex-SKAA. We were actually.
Can you believe it? The one yang kecik dulu dah besar, dah tinggi dah sekarang.
Everyone is getting more handsome and prettier. Lol. Haha..
My old primary school pun dah banyak perubahan dah. Everything's changed there!
Can't believe my eyes. Haha.
Bila ada kat situ semalam, semua memori masa dulu datang balik,

It's where my childhood memories began. Takleh lupaa..
Kena rotan sebab asyik dapat Math C.
Kena hukum berdiri kat dataran sebab tak siap homework Cikgu Math.
Kalau tak boleh jawab soalan Cikgu BM dulu, kena berdiri sampai habis masa.
Sebelum mula kelas Math, kena congak sifir dulu. Kalau takleh jawab, berdirilah sampai habis masa.
Berlatih senam robik pagi petang sampai malam.
Kelas Hypers malam-malam.
Bila masuk computer lab, mula ah google cari gambar artis lah, buka friendster lah.
Kena gi sekolah pagi-pagi sebab nak kena bertugas.
Kawad? Legend! Haha.
Lompat tali berirama is one of my favourite dulu.
Paling takleh blah, ada scene bergaduh gak dulu! Haha.
Cikgu-cikgu dulu bukan main garanggg.

Takleh nak list semua.. Banyak kot kenangan.

Apa-apa pun, just want you guys to just nikmati masa yang ada.
Photograph it, so whenever you miss it, you can just look to the picture.

Believe me, a single song or picture can bring back the memories. Crazy, right?

Well, till we meet again readers!

Fi Hifzillah. Assalamualaikum. ^^

October 31, 2016

Melangkah ke Dunia Baru..

Assalamualaikum..

Hai, readers!
Wow. Lama gila tak bukak blog *insert emoji ketawa* haha xD

Nak cerita apa eh? Banyak gila benda nak cerita ni.
Banyak dah benda terjadi.

K, pasal tajuk.
Melangkah ke dunia baru? Dunia apa tu?
Haha. Taklah baru sangat, tapi boleh dikatakan baru lah.
Dunia sebagai seorang bakal guru :P
Sebab tulah aku kata bukannya baru sangat pun. Tapi lantak ah. Nak cerita ni.

Banyak benda dah aku belajar dari pengalaman-pengalaman dalam tahun ni.
Tu baru tahun ni tau. Tak tahu lagi tahun-tahun akan datang cane lah pulak kan.

Kalau dulu takleh nak gi depan masa kem,
sekarang tak dah. Haha.
A Zaimah can talk confidently at the front now, okay. xD

Kalau dulu segan nak approach masyarakat,
sekarang bolehlah nak approach even though rasa takut tu masih ada.

I'm not someone you know dahulu, I'm a new one here. Haha.

Also, melangkah ke dunia baru juga means.. I'd opened a new chapter.
No more longing for the past.

Thanks for that someone cause you choose her over me and let me rediscover myself again.
Thanks for choosing to leave me.

Cause by that decision, I'm free now.
I can enjoy my life freely without thinking what I did might hurt you in the end.
I can finally did what I want to, without thinking about others might feel hurt or what.
I finally did not have to burden myself thinking about others feeling.

And also, I decided to stop.
I mean to stop creating another love story cause my these 4 years 'love story' is too tiring.
I'm afraid I might hurt people.
I choose to stop cause there's still many things that I want to discover about myself.
Also, want to prepare myself for my future man.

Let just say,
I let Allah protect him for me.
I mean, the future man.

But, relax.
I'm still young. And now is not the time to think about love.
My priority is my future, my family's happiness and everyone around me.

I guess that's what most important by now.

And yeah. Haha.

Okay, rasanya tu ja kot.

By the way, it's November and soon it'll be DECEMBER!
MY FAV MONTH IS COMING SOONNNN~ YEAYY!

Okay that's it. Haha.
The end for the entry today.
So, I hope you guys enjoy your day.
and Fi Hifzillah semua. Love you guys!
Assalamualaikum.

March 12, 2016

Coretan Tengah Malam

Assalamualaikum.

Lama dah tak update. Maaf. Assignment melambak.. Biasalah tu kalau dah tengah-tengah sem ni.

Haha.. tapi, apa yang aku nak tulis bukan ni..

Ini sekadar coretan tengah malam. For sure, coretan tengah malam dipengaruhi minda yang resah.
Yeah,  I tend to overthink bila tengah malam. Usually, kalau takleh tido, aku akan overthink.
I mean, everything in my life, aku fikir dan fikir.. Sounds tak interesting tapi tu yang aku buat.
Except minggu ni sebab aku nak overthink pun tak dapat cause I need to focus on my works.

Coretan tengah malam.

Orang kata aku kuat.. Tak, aku tak kuat..
Ya, aku mungkin nampak tak fikirkan sesuatu dengan serious..
Tapi, aku letih nak fikir lebih-lebih. Sebab aku tahu, semua tu sia-sia nak fikirkan dengan mendalam.
Not all, just half or a few of them.

Aku jadi heartless.. Aku jadi cepat rasa annoy bila orang kata cinta..
Aku macam tak berminat bila orang berbincang tentang cinta, perkahwinan, jodoh..
Kau tau? Aku pernah fikir pasal semua tu..
Aku pernah simpan harapan yang mendalam.. Tapi, orang khianati kepercayaan aku..
Membuatkan aku berhenti untuk terus mengharap..

Tapi...
Bohong kalau aku cakap hati aku tak terusik..
Aku punya rasa yang sama.. Cuma aku takut nak mulakan segalanya.
Aku tahu, orang tu baik. Tapi aku tak bersedia dengan semua ni.
Aku tak bersedia untuk dilukai, dikhianati sekali lagi..
Aku tak tolak dia, cuma,, aku nak jauhkan diri buat seketika..
Aku bukan tak peduli, aku mempunyai caraku tersendiri..

Nikah? Suami? Love?
It's too early.. I still have lot of priorities to take care of..
But, I do have a wish.. And I hope bakal zauj takkan jemu & layan je perangai yang satu ni..
Star gazing setiap malam.. Kalau ada bintang..
Sounds childish but that's what I want to do with the love of my life.
Aku pernah ajak classmate star gazing tapi sorang pun tak layan.. haha.. takpa2..
Love? I just wish someone who enter my life after this is my last.
No need to declare couple or what. Ya, mestilah get to know each other first..
Terus terang, aku lagi suka kalau orang pergi rumah tanpa rasa takut dan gentar dan rasa yakin nak jumpa mak & family aku. I want it to be in a proper way.
Tak perlu bercinta, cukup sebagai kawan jaa.
Kalau hati berkenan, pergi jumpa mak & family aku.
Kalau family setuju, jomlah bercinta selepas nikah. Haha.. Huish. mengarut..

Terlalu banyak persoalan yang ada di minda..
Sekarang, aku masih kumpulkan keyakinan untuk mendidik murid-murid..
Aku masih ingin kumpulkan kekuatan untuk berhadapan dengan masalah dunia yang penuh cabaran.
Aku masih berusaha untuk memperbaiki diri supaya aku boleh menjadi orang yang berguna suatu hari nanti..
Masih banyak yang aku perlu pelajari.. dan aku masih dalam level memperbaiki diri..
Aku masih membina keyakinan.. Yang paling penting, bina suara yang mantap dan jelas.
Haha. Kemahiran komunikasi tu..
Aku harap aku kuat... :/

Maaf, tapi aku perlu tamatkan coretan setakat ini..
Assalamualaikum..

December 30, 2015

Sum Up of The Year 2015

Assalamualaikum.

Hai, readers! Well, lusa dah 2016.
So, aku ambik kesempatan ni nak share apa yang berlaku dalam tahun 2015.

I just can't believe what have I done this year.
I mean, semuanya tak berjalan macam yang dirancang.
Yaa, Allah is the best planner. Allah yang tentukan semuanya.

Aku ambik masa jugak la nak adapt dengan semua tu.
Alhamdulillah, dapat terima.

Dari result SPM..
ke isi UPU.. PPISMP..
Isi borang jadi guru pelatih..
Then, break up dengan someone. woo. That's the best part.
Meet up with someone new. This is my favourite part! haha. lol

A lot of things hapened actually.
Tapi cukuplah kalau aku katakan..

2015 ni ajar aku untuk..
Lepaskan orang yang aku sayang.
Ada benda yang kita rancang sebenarnya tak baik pun untuk kita.
Jumpa orang baru, classmates I mean.
and banyak lagi..

Next year, last fasa umur berbelas nih.
Tahun 2017, masuk 20..
Weh, macam tak caye dah meningkat umur.. Haha.
Belajar jadi matang lah lepas nih. hahaha

Aku harap 2016 ni kesabaran aku meningkat.
Tahap pemikiran aku meningkat.
Tahap blur aku downkan sikit.
Cinta? Jodoh? Nanti2 kot. Aku muda lagi ni..
Tapi, kalau ye ada yg berkenan kat hati nih. Aku harap tu last..
Hehe..

Happy New Year, semua!
Harap azam korang 2015 tu tercapai.
Azam 2016 tu buat molek2 tau. Buat yang rasa mampu nak laksanakan eh?
Kalau ada yang sakit hati ke, mintak maaf.. Aku bukan insan sempurna.
Eceh. Ayat cliche. Haha

Okay, setakat ni je entry kali ni..
Till we meet again. Fi Hifzillah,
Sayang sokmo! Assalamualaikum.

December 1, 2015

Favourite of All!

Assalamualaikum.

Hai, readers!
Well, its December already!
My favourite month. My happiness. Lol. Why?
Sebab..
It's my birthday! haha. Childish kan?

But, hey. Dalam setahun, I only wait for December.
Nasib orang lahir bulan Disember memang macam nilah kan? haha.

Tahun ni..
Banyak benda nak buat.. Tapi..
Sayangnya terhalang.. sebab..
sebab..
sebab.....
TAK CUKUP UMUR. Ceh hahaha

Aku takleh nak derma darah..
Takleh nak daftar sebagai penderma organ..
yang sedihnya, takleh nak beli modem internet.. (tapi, aku beli jugak.. hihihi..)

Lagi sedih bila semua tak percayakan kau..
I mean, I know how to take care myself.
Tapi, org keliling macam..
Eh? Boleh ke dia ni nak jaga diri sendiri?
Aduh. I'm 18 years old! Janganlah treat aku macam budak2..
Ke.. Aku nampak macam tak meyakinkan semua orang? Lol.
Nampak macam aku masih budak2 ke ape nih? hahaha.

Anyway, aku tak sabar nak tunggu birthday aku.
Gift are not important, yang penting..
Orang2 yang aku sayang.. ada di sisi aku..

Fi hifzillah,
Assalamualaikum.

November 18, 2015

Bila hati rasa nak menulis..

Assalamualaikum.

Hai, readers!
Aku sebenarnya tengah lari dari dunia realiti.. lol.
Boleh pulak lari dari dunia realiti, kan?
Sebab aku rasa macam complicated sangat.
Sesak nafas. Tak tahu kenapa.
Sebab apa yang aku nak cakap, tersekat kat kerongkong. pergh. ayat.

Okay, harini kita cerita pasal apa?
Jom cakap pasal cinta.
Apa pendapat aku tentang cinta?
Jap, gelak lu. cam tak caye je aku cakap benda ni.

Haha. Aku underage kot. Baik takyah. haha.

Tapi..

Sebenarnya.

Hm. Ada beberapa perkara yang mengganggu aku dua tiga hari nih.

Eh, takkan aku nak cerita kat sini kot. lol.

Tapi entahlah..

Aku tak tahu nak cakap macam mana..

Haha. apesal post aku macam ni?

Biarlah. Anggap benda ni jadi pengajaran, motivasi dan sebagainya.

Aku kusut sangat nih sebenarnya.
Nak balik cepat! Aku rasa cam Sarawak dah memanggil-manggil ni.
Bahahaha.

Okay, takat ni je kot.
Till we meet again!
Fi Hifzillah. Assalamualaikum.

November 9, 2015

Life Is Changing. ;)

Assalamualaikum.

Dear readers,
Harini rasa terpanggil nak share something dengan korang.

Hm. Life is changing? For how much? And why?
Well, maybe 100%. haha.

I'll tell you guys why.
Cause I'm free from sadness.

Kenapa tiba-tiba rasa terpanggil nak share benda ni?
Sebab aku terflashback kisah aku dulu.
And tanpa sengaja, aku buat perbandingan.

Kalau dulu,,
Air mata aku ni murah sangat.
Senang nak mengalir.
Hati aku selalu sakit.
Selalu sangat pendam kesakitan sendiri.

Sekarang..
Aku rasa aku makin kuat.
No longer care for the heartbroken, the scars.
I'm just happy being me~

Dulu selalu rasa insecure.
Sekarang, tak kisah kalau cantik ke tak.
Doesn't matter to me at all.

Aku tak kisah jadi diri sendiri.
You know why?
Sebab the real one akan tengok weakness kita and accept kita seadanya.
No complains, no regret.
Sebab apa?
Hanya mata orang yg sygkan kita seadanya, weakness kita tu takdak apa sangat pun.
Am I right?

And aku sedar..
Sebenarnya, diri aku yg sebenar ada, cuma aku bodoh sebab dulu aku jadi orang lain untuk puaskan hati orang lain.
Real happiness start with yourself anyway. ;)

Oh ya.
Still waiting for the right one to come.
Haha. Can't stop dreaming. Well. Girls be like...

As usual, entry memang as simple as this.
Nak buat cam mana. Aku terfikir nak post, so aku post ja.
Haha. Bye, readers!
Till we meet again. Fi Hifzillah.
Assalamualaikum,