December 30, 2015

Sum Up of The Year 2015

Assalamualaikum.

Hai, readers! Well, lusa dah 2016.
So, aku ambik kesempatan ni nak share apa yang berlaku dalam tahun 2015.

I just can't believe what have I done this year.
I mean, semuanya tak berjalan macam yang dirancang.
Yaa, Allah is the best planner. Allah yang tentukan semuanya.

Aku ambik masa jugak la nak adapt dengan semua tu.
Alhamdulillah, dapat terima.

Dari result SPM..
ke isi UPU.. PPISMP..
Isi borang jadi guru pelatih..
Then, break up dengan someone. woo. That's the best part.
Meet up with someone new. This is my favourite part! haha. lol

A lot of things hapened actually.
Tapi cukuplah kalau aku katakan..

2015 ni ajar aku untuk..
Lepaskan orang yang aku sayang.
Ada benda yang kita rancang sebenarnya tak baik pun untuk kita.
Jumpa orang baru, classmates I mean.
and banyak lagi..

Next year, last fasa umur berbelas nih.
Tahun 2017, masuk 20..
Weh, macam tak caye dah meningkat umur.. Haha.
Belajar jadi matang lah lepas nih. hahaha

Aku harap 2016 ni kesabaran aku meningkat.
Tahap pemikiran aku meningkat.
Tahap blur aku downkan sikit.
Cinta? Jodoh? Nanti2 kot. Aku muda lagi ni..
Tapi, kalau ye ada yg berkenan kat hati nih. Aku harap tu last..
Hehe..

Happy New Year, semua!
Harap azam korang 2015 tu tercapai.
Azam 2016 tu buat molek2 tau. Buat yang rasa mampu nak laksanakan eh?
Kalau ada yang sakit hati ke, mintak maaf.. Aku bukan insan sempurna.
Eceh. Ayat cliche. Haha

Okay, setakat ni je entry kali ni..
Till we meet again. Fi Hifzillah,
Sayang sokmo! Assalamualaikum.

December 1, 2015

Favourite of All!

Assalamualaikum.

Hai, readers!
Well, its December already!
My favourite month. My happiness. Lol. Why?
Sebab..
It's my birthday! haha. Childish kan?

But, hey. Dalam setahun, I only wait for December.
Nasib orang lahir bulan Disember memang macam nilah kan? haha.

Tahun ni..
Banyak benda nak buat.. Tapi..
Sayangnya terhalang.. sebab..
sebab..
sebab.....
TAK CUKUP UMUR. Ceh hahaha

Aku takleh nak derma darah..
Takleh nak daftar sebagai penderma organ..
yang sedihnya, takleh nak beli modem internet.. (tapi, aku beli jugak.. hihihi..)

Lagi sedih bila semua tak percayakan kau..
I mean, I know how to take care myself.
Tapi, org keliling macam..
Eh? Boleh ke dia ni nak jaga diri sendiri?
Aduh. I'm 18 years old! Janganlah treat aku macam budak2..
Ke.. Aku nampak macam tak meyakinkan semua orang? Lol.
Nampak macam aku masih budak2 ke ape nih? hahaha.

Anyway, aku tak sabar nak tunggu birthday aku.
Gift are not important, yang penting..
Orang2 yang aku sayang.. ada di sisi aku..

Fi hifzillah,
Assalamualaikum.

November 18, 2015

Bila hati rasa nak menulis..

Assalamualaikum.

Hai, readers!
Aku sebenarnya tengah lari dari dunia realiti.. lol.
Boleh pulak lari dari dunia realiti, kan?
Sebab aku rasa macam complicated sangat.
Sesak nafas. Tak tahu kenapa.
Sebab apa yang aku nak cakap, tersekat kat kerongkong. pergh. ayat.

Okay, harini kita cerita pasal apa?
Jom cakap pasal cinta.
Apa pendapat aku tentang cinta?
Jap, gelak lu. cam tak caye je aku cakap benda ni.

Haha. Aku underage kot. Baik takyah. haha.

Tapi..

Sebenarnya.

Hm. Ada beberapa perkara yang mengganggu aku dua tiga hari nih.

Eh, takkan aku nak cerita kat sini kot. lol.

Tapi entahlah..

Aku tak tahu nak cakap macam mana..

Haha. apesal post aku macam ni?

Biarlah. Anggap benda ni jadi pengajaran, motivasi dan sebagainya.

Aku kusut sangat nih sebenarnya.
Nak balik cepat! Aku rasa cam Sarawak dah memanggil-manggil ni.
Bahahaha.

Okay, takat ni je kot.
Till we meet again!
Fi Hifzillah. Assalamualaikum.

November 9, 2015

Life Is Changing. ;)

Assalamualaikum.

Dear readers,
Harini rasa terpanggil nak share something dengan korang.

Hm. Life is changing? For how much? And why?
Well, maybe 100%. haha.

I'll tell you guys why.
Cause I'm free from sadness.

Kenapa tiba-tiba rasa terpanggil nak share benda ni?
Sebab aku terflashback kisah aku dulu.
And tanpa sengaja, aku buat perbandingan.

Kalau dulu,,
Air mata aku ni murah sangat.
Senang nak mengalir.
Hati aku selalu sakit.
Selalu sangat pendam kesakitan sendiri.

Sekarang..
Aku rasa aku makin kuat.
No longer care for the heartbroken, the scars.
I'm just happy being me~

Dulu selalu rasa insecure.
Sekarang, tak kisah kalau cantik ke tak.
Doesn't matter to me at all.

Aku tak kisah jadi diri sendiri.
You know why?
Sebab the real one akan tengok weakness kita and accept kita seadanya.
No complains, no regret.
Sebab apa?
Hanya mata orang yg sygkan kita seadanya, weakness kita tu takdak apa sangat pun.
Am I right?

And aku sedar..
Sebenarnya, diri aku yg sebenar ada, cuma aku bodoh sebab dulu aku jadi orang lain untuk puaskan hati orang lain.
Real happiness start with yourself anyway. ;)

Oh ya.
Still waiting for the right one to come.
Haha. Can't stop dreaming. Well. Girls be like...

As usual, entry memang as simple as this.
Nak buat cam mana. Aku terfikir nak post, so aku post ja.
Haha. Bye, readers!
Till we meet again. Fi Hifzillah.
Assalamualaikum,

October 31, 2015

Takda title entry yang sesuai :P

Assalamualaikum, readers!

Hai. Actually, kali ni entry main pakat tulis ja ni.
Haha. sebab hati terasa nak menulis pulak.
Nak sambung buat cerpen? Maybe tak kot. Lepas exam. ;)
Sebab sekarang tengah struggling dengan subjek pemulihan.
Which not that easy and not that difficult.

Aku pernah tanya diri sendiri.
Apa yang aku expect dalam hidup aku sebenarnya?
Bila dapat tawaran sambung pelajaran, apa yang aku fikirkan sebenarnya?
Macam mana hidup dalam persekitaran yang dikelilingi perempuan SAHAJA?
Dan... Sebanyak mana hidup aku berubah?

Soalan pertama..
Aku expect aku jadi doktor atau paling tak pun, ahli farmasi ja.. tapi tak kesampaian..
Tak mengapa. Mungkin bukan jalan aku. Mungkin aku sebenarnya tak layak.
Kan? haha. Sebenarnya, aku tak kisah pun kalau tak dapat nak achieve cita-cita aku tu.
Tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku tak bersungguh-sungguh dulu. Siapa tahu, ye tak?

Kedua.
Accept it! Only fikir tu.
Aku fikir aku dapat kat Miri which in Sarawak only.
Tapi, last2 aku dapat kat Melaka. >.<
Jauh bro. Sekarang baru tahu macam mana rasa berjauhan dengan family.
Dulu kemain cakap nak belajar jauh-jauh. Tempat yang orang semua tak kenal.
Sekarang termakbul. Tak tahu nak cakap apa. haha!

Next..
Tenang. Kenapa?
Sebab takda lelaki. Dan dapat jaga mata, jaga hati.
You know girls right? haha.
So,takyah nak explain panjang-panjang lagi. :P

Last.
Banyak..
Dari zero to someone new.
Adalah belajar macam mana nak hiaskan diri.
Tapi still menutup aurat. :)
Banyak sgt berubah. Aku pun taktahu cam mana nak describe.

Maybe that's all from today's entry.
haha. Well. Ringkas ja.
Aku cuma bercakap dengan diri sendiri je untuk entry kali ni.
hahaha x'D
Till we meet again. Assalamualaikum & Fi Hifzillah. :D

October 25, 2015

Perasaan, or Cakap Omputehnya, Feeling~

Assalamualaikum.

Hai there, readers! Well, my topic is kinda interesting. Like you guys are waiting what will I'm gonna say about it. am I right? haha. Er.. takyah nak bajet speaking sangat kot. :P

Okay, readers. Harini kita cakap pasal perasaan.
Basic. Perasaan yg asas. yang semua manusia ada.
Takut, gementar, gembira, sedih, lawak, marah.
Perasaan tu yang aku nak cakap. bukan sayang,suka,cinta,benci.
No, that's not what I wanna share today.

Macam mana boleh terfikir tajuk ni? hmm.
Sebab haritu, tajuk usrah kitaorg pasal 'Perasaan'.
So, tajuk ni macam dok kat kepala aku ja balik dari usrah haritu.
Tak tahu kenapa nak sangat share.

Okay. Aku share satu ja cerita based on perasaan2 tu.

Nak start dengan perasaan apa? Gementar lah.
Moment gementar? Everytime naik pentas ambik hadiah. Sedangkan tiap-tiap minggu kot kelas kitaorang menang Pertandingan 2K which stand for Keceriaan dan Kebersihan Kelas. Aku tak tahu kenapa. Memang everytime naik atas pentas tu, hati berdebar-debar dan tangan menggeletar. Aku risau sebab semua pandang aku. Aku takut aku terjatuh depan orang ramai ke apa ke. kan kan kan? haha..

Hm. Next, takut. Takut? Lebih kurang macam gementar kan. tapi ni ekstrem kot. :P
Moment takut? Aku rasa tiap kali tengok cerita hantu kot. haha. Aku ni penakut sikit, bukan sikit. Tapi banyak. Ni semua sebab satu peristiwa tu. and taknak ceritaaaa. Nanti aku jadi takut. Bahahaha.

Marah? tak sangat kot.
Aku marah bila orang tak jujur ja. tu ja. bye :P

Gembira? hmm.
Semenjak aku belajar jauh ni..
Aku definisikan gembira tu bila berjumpa dengan family, insan2 yang dirindui,sahabat2..
Aku ungkapkan gembira dengan pertemuan bersama insan2 yang bermakna dalam hidup aku. hekhek! *peace*

Sedih? Banyak! haha.
Kena tipu. Diduakan. pergh. *heartbreak* tu sedih! haha. tapi normal la kan? Kalau kita tak alami, macam mana kita nak tau bagaimana kita nak deal dengan situasi mcm ni so that kita tak alami lagi? kan.... Tapi aku ada peristiwa yang paling sedih. Yang memang sedih, sampai aku takdapat nak berhenti menangis.
Firstly, kehilangan seseorang yang menjadi inspirasi. Siapa? Arwah pak cik aku. :')
Second, kehilangan seorang pendidik yang amat bermakna dalam hidup aku. Siapa? Arwah cikgu aku. :')
Kedua-dua kehilangan ni, ada hikmah yang aku terima. Apa?
First, mungkin nak tunjukkan yang aku sebenarnya tak layak pun nak jadi seorang doktor.
Kedua, mungkin nak tunjukkan yang aku sepatutnya sambung usaha aku untuk jadi seorang guru.
Kedua-duanya ada hikmah yang Allah nak aku sedar dari dulu.

Kenapa kita diciptakan dengan pelbagai perasaan?
Kenapa kita tak diciptakan dengan perasaan gembira jaa?
Pernah terfikir?
Jawapan aku..

Sebab bila kita hanya diciptakan dengan perasaan gembira, kita akan cepat jemu dan bosan.
Kita takkan kenal apa erti bersyukur dalam hidup kita.
Dengan adanya perasaan-perasaan ni, kita dapat belajar banyak benda dalam kehidupan kita.
Sebab dari perasaan itulah, kita dapat menikmati apa makna sebuah kehidupan dengan sebenar-benarnya. Am I right, dear readers? *smile*

Well said. That's life. Hidup kalau satu warna ja, tak syok. Dia kena ceriakan hidup dengan pelbagai warna. Peace yo!

Oh ya. Pasal sayang,cinta, suka. Hmm.
Maybe next entry? haha! Won't promise~ :P
Till we meet again, readers!
Assalamualaikum & Fi Hifzillah.

October 16, 2015

Y.O.L.O You Only Live Once a.k.a You Only Love One :P

Assalamualaikum.

Dear readers..
I'll come up with some sweet and happy memories.
Hmm? Will it? But first of all..
Nak luahkan rindu terhadap insan-insan yang aku amat sayangi. (lewls~ ayat..)
But heyyy, I'm not kidding. I miss them beyond and infinity~ Can imagine?

For somehow, I hate the fact that I've been dreaming to study somewhere really far away from where I'm belong.. Know why? Cause I hardly go back! Cause if I want to, it'll be expensive.. Really2 expensive. and yeah~ I'll be acrossing the sea, if you know what I mean. But at the other part, I'm grateful to be here. Well, lesson learnt anyway.. *wink* What lesson did I learn here? Kumpul rasa rindu, dan bila dapat peluang untuk lunaskan rindu, kita guna peluang tu sebaik-baiknya~ Don't waste the oppurtinity that had been given~ No, no and NO! haha..

Who do I miss? Ehem.
I miss who? hmm. Let me think first.
Haha. Kidding. *wink*
I miss Sri Aman.
I miss Sarawak.
I miss my family. so so so so much! Feel like wanna fly and see them and hug them! *cry*
I miss my sahabat. Neeya, Wanee, Zaza, Jihah, Ikmal, Is, Miji, Ilah, Zizul and Ijai~ and tak lupa juga, Kak Atul. Uhuk uhuk~ I really miss you guysssss. *cry even harder*
I miss my Big Bro, Kak Appy anddddd Ee Taro (well, his name is Nadzri :P) *still crying* I miss to hangout with them~ Emmm. Ya ya, I know. tak banyak bercakap but segan lah sebab lama tak jumpa kan kan kannnn~ hekhek *buatmukacute*
I miss my memories at school. SMKS! Arghh~ I miss 5 Allamanda~ hm hm. sekarang ni, susah nak jumpa my whole 'anak buah'. cause some of them are way way way too far away.
I miss each and everything. I miss everyone.
I wanna go back~ pehlish. uhuk uhuk *crying again*

Hmmm. still have plenty weeks to deal then I'll breath the fresh air of Sarawak! wuhuuu~ *jumping* ok, I'm sorry. bahaaha. suppose to share some memories but seems that I've been drift away. :p

Well, readers. I'm not posting the photos that have been taken. I'm sorry. *sadface*

Coursework is done~ Kuliah is done~ Now, we're dealing with examination. Me like.... sit back and relax~ haha. Kidding. I'm worried too. But, I'll struggle for it. *wink*

Ok, which memories should I story? Hm. Oh ya, the best free tip with fellow classmates!
8 Oktober 2015. Takde kelas so we decide to tengok wayang, tajuk Jwanita.  at first, tak nak lah join sebab diaorang cakap "Tak seram tapi psycho". Tapi sebab bff pergi, so aku join la sekali. Konon buat2 berani tapi sepanjang wayang tak berani nak buka mata. Kenapa? pergilah tengok and judge sendiri ye~
Lepas tengok movie, kitaorg macam takda arah nak pergi. sebab masih awal kan. Jadi plan pergi sekeliling Melaka. But first of alllllllll~ M.A.K.A.N! hahaha. penting kay~
Then, the trip begin.. Bukit St. Paul, Melaka River, Jonker Street. perghh~ memang penat ah balik dari jalan-jalan tu. tapi tulah trip yang paling menyeronokkan.. betul2 rasa free.. bebas dari segalanyaa~ haha.

That's it. Memories that I wanna share. :P

I think that's enough for this entry this time.
We'll catch up later, readers~
Assalamualaikum & Fi Hifzillah. ;)

September 1, 2015

Mengharungi Arus Kedewasaan

Assalamualaikum dear readers~

Lama dah tak update entry. Hari ni rasa terpanggil pulak nak update entry. Entry yang lama-lama dah dipadamkan dah. hm. Sebab apa padam? hm~ Sebab kita sekarang ni nak dewasa? :p hekhek!

Bulan 9 tahun 2015. I bet, ada gak yang curious kan apa yg terjadi dengan aku sekarang. Er, tu pun kalau ada yg curious. :P kalau tahun 2014, kita lalui saat susah untuk menghadapi SPM. tahun 2015, kita mengalami kesusahan dalam memilih jalan untuk masa depan. InshaAllah, ini bukan pilihan yang salah.

Bila dah sampai tahap ni, aku selalu tanya diri sendiri. Kenapa aku dipilih untuk memilih jalan ini? Jawapannya mungkin takkan aku dapat sekarang. Mungkin esok.. Mungkin lusa.. atau mungkin dalam masa beberapa tahun yang akan datang..

Jom kita mulakan cerita dari lepas SPM.. Dulu, cita-cita aku lebih kepada medic. Aku nak sangat jadi doktor. Kalau tak dapat jadi doktor, jadi ahli farmasi pun dah cukup baik bagi aku. Tapi kan, siapa sangka aku tak pilih pun bidang medic untuk masa depan aku? haha. Lucu ada jugak. Sebab dulu.. aku beria-ia nak jadi doktor, ahli farmasi. tup tup. tak jadi pun.. Biarlah. rezeki orang kan Allah yang tentukan. Baiklah, jom balik pada pangkal cerita. Apa yg aku buat lepas SPM? Nothing. Duduk kat rumah je, jaga cousin aku, jaga nenek aku. At least ada jugak lah kerja kan. Belajar masak sikit. Tu pun masih tak pandai. :P Aku selalu rasa teruja nak isi UPU, tapi kakak aku cakap. tunggu result keluar baru isi. Okay, aku ikut je padahal dalam hati nak sangat isi UPU. takpa, kakak kan lebih dahulu makan garam. hehe~ Mak cik aku pulak asyik pujuk aku utk isi borg yg nak jadi guru pelatih tu.. KPM apa tah. aku tak ingat. Aku asyik cakap aku tak minat, aku tak minat. Tapi lepas tu, taktau kenapa.. hati aku tergerak nak isi. Aku cuba jaa. Pasrah. haha~ Masuk bulan 3, haiii~ hati ni tak senang bila fikir pasal result SPM. Aku risau tak dapat nak banggakan family. Bila dah tau result, aku rasa down kejap. Sebab family harap lain, result aku pulak dapat lain. Aku temui kekuatan bila tengok kata-kata semangat yg senior aku bagi. Dia cakap, "Tak semestinya tak banyak A, kita takkan berjaya di masa hadapan. Tu bergantung pada rezeki yang Allah tentukan untuk masing2." Terubatlah sikit sedih tu. Dah tu, masuk bulan 4 nak check UKCG untuk benda ni. Aku dapat weh. haha~ Masa tu, dalam masa seminggu, aku berlatih untuk kuatkan stamina. konon taknak otot terkejut masa buat ujian sebab pak cik aku cakap UKCG ni kena kuat fizikal dan mental. Ok, aku ikut je. Masa ni, minat nak jadi cikgu tu tak wujud lagi. Masih samar-samar. Sesat nak cari cahaya. Padahal ade je. Haha~ Aku fikir masa tu aku takkan dapat utk interview. sebab aku tak dapat buat betul2 pun bleep test masa tu. taktau kenapa rasa kecewa sikit. sementara tunggu result UKCG, aku isi UPU. hm first choice, Diploma Farmasi. lol yakin sangat kan kata dapat padahal tak dapat pun first choice. dapat second choice jaa, tu pun Diploma Sains. Result interview keluar.. pun dapat. serious, masa check ni aku rasa lawak jaa sebab aku tak expect aku pass UKCG. Okay, gi la interview. punyalah tak tidur malam sebab study PIPPM apa semua tu. Masa interview tu, aku tak tahu dari mana aku dapat keyakinan nak bercakap. lancar pulak tu. IPG tempat aku interview tu cantik. serious cantik. aku dah terbayang dah betapa seronoknya kalau dapat belajar kat IPG tu. dari situ, minat nak jadi cikgu membuak-buak. aku rasa takut kalau2 tak dapat jadi cikgu, sebab dah jatuh cinta kan. hmm. dulu beria sangat cakap tak minat. bila dah minat, pandai pulak takut kalau tak berjaya. haha. Aku rasa resah setiap kali fikir pasal tawaran tu. Pulak dah masa tu dapat tawaran pergi UiTM Sarawak.. Diploma Sains. habislah, dilema la aku, ahaha~ xD Ramai jugak rakan-rakan dah sambung pelajaran, tinggal aku je masih tertanya-tanya nak gi mana. Bila dh tiba hari penentuan, first time aku check, aku tak dapat. Kecewa doo~ check untuk kawan, kawan pun tak dapat. sedih tak terkata~ aku pulak time tu kalut nak prepare konon nak pergi UiTM sebab IPG tak dapat. dah tu, kawan aku call, cakap dia dapat. kat Sabah. huaaa jauhnyaa~ Aku pun checkla sekali lagi. hahahahahaha Alhamdulillah dapat!
Bila aku baca sampai bawah, alamak. MELAKA?? Hoi jauh tuuuu. Aku paling jauh dengan family pun sekolah, nak p Melaka? Alamakkkk~ ahahaha. Pulak tu terkena tempat semua perempuan. Mulalah sahabat2 cakap jangan songsang la apala. weh tak desperate la okay. hahaha.

Sekarang ni, aku dah terbiasa dengan suasana kat sini. Aku takda niat nak cari jodoh di tempat orang. Jadi aku tak kisah sangat bab2 lelaki ni. Apa2pun, aku rasa bertuah sebab terpilih untuk datang ke IPG ni. Mata aku terjaga, aurat terjaga, pakaian pn terjaga. Alhamdulillah. satu yang aku suka pasal IPG ni, aku dihidangkan dengan majlis ilmu, group2 usrah. which mean, tak mementingkan study all the time. at least ada gak masa untuk pergi taman syurga kan. hekhek!
Last but not least, aku tenang kat sini. Aku jumpa ketenangan di sini. :') Alhamdulillah.
Thanks Allah for this beautiful journey~ :') aku tak menyesal terpilih untuk belajar di sini.
InshaAllah, I'll be a great teacher & a muslimah yg benar2 muslimah. semoga aku kekal istiqamah dan kuat dalam perjalanan ini. :') Aaamiin..

Conclusion, hidup aku berubah dah sekarang. banyak lagi yg aku akan tempuhi kat sini lepas ni..
Moga kekal tabah ya Cikgu Ummu! haha.

Setakat ni je entry kali ni. Fi Hifzillah, dear sahabat dan reader~
Bye. Assalamualaikum. ^_^