September 1, 2015

Mengharungi Arus Kedewasaan

Assalamualaikum dear readers~

Lama dah tak update entry. Hari ni rasa terpanggil pulak nak update entry. Entry yang lama-lama dah dipadamkan dah. hm. Sebab apa padam? hm~ Sebab kita sekarang ni nak dewasa? :p hekhek!

Bulan 9 tahun 2015. I bet, ada gak yang curious kan apa yg terjadi dengan aku sekarang. Er, tu pun kalau ada yg curious. :P kalau tahun 2014, kita lalui saat susah untuk menghadapi SPM. tahun 2015, kita mengalami kesusahan dalam memilih jalan untuk masa depan. InshaAllah, ini bukan pilihan yang salah.

Bila dah sampai tahap ni, aku selalu tanya diri sendiri. Kenapa aku dipilih untuk memilih jalan ini? Jawapannya mungkin takkan aku dapat sekarang. Mungkin esok.. Mungkin lusa.. atau mungkin dalam masa beberapa tahun yang akan datang..

Jom kita mulakan cerita dari lepas SPM.. Dulu, cita-cita aku lebih kepada medic. Aku nak sangat jadi doktor. Kalau tak dapat jadi doktor, jadi ahli farmasi pun dah cukup baik bagi aku. Tapi kan, siapa sangka aku tak pilih pun bidang medic untuk masa depan aku? haha. Lucu ada jugak. Sebab dulu.. aku beria-ia nak jadi doktor, ahli farmasi. tup tup. tak jadi pun.. Biarlah. rezeki orang kan Allah yang tentukan. Baiklah, jom balik pada pangkal cerita. Apa yg aku buat lepas SPM? Nothing. Duduk kat rumah je, jaga cousin aku, jaga nenek aku. At least ada jugak lah kerja kan. Belajar masak sikit. Tu pun masih tak pandai. :P Aku selalu rasa teruja nak isi UPU, tapi kakak aku cakap. tunggu result keluar baru isi. Okay, aku ikut je padahal dalam hati nak sangat isi UPU. takpa, kakak kan lebih dahulu makan garam. hehe~ Mak cik aku pulak asyik pujuk aku utk isi borg yg nak jadi guru pelatih tu.. KPM apa tah. aku tak ingat. Aku asyik cakap aku tak minat, aku tak minat. Tapi lepas tu, taktau kenapa.. hati aku tergerak nak isi. Aku cuba jaa. Pasrah. haha~ Masuk bulan 3, haiii~ hati ni tak senang bila fikir pasal result SPM. Aku risau tak dapat nak banggakan family. Bila dah tau result, aku rasa down kejap. Sebab family harap lain, result aku pulak dapat lain. Aku temui kekuatan bila tengok kata-kata semangat yg senior aku bagi. Dia cakap, "Tak semestinya tak banyak A, kita takkan berjaya di masa hadapan. Tu bergantung pada rezeki yang Allah tentukan untuk masing2." Terubatlah sikit sedih tu. Dah tu, masuk bulan 4 nak check UKCG untuk benda ni. Aku dapat weh. haha~ Masa tu, dalam masa seminggu, aku berlatih untuk kuatkan stamina. konon taknak otot terkejut masa buat ujian sebab pak cik aku cakap UKCG ni kena kuat fizikal dan mental. Ok, aku ikut je. Masa ni, minat nak jadi cikgu tu tak wujud lagi. Masih samar-samar. Sesat nak cari cahaya. Padahal ade je. Haha~ Aku fikir masa tu aku takkan dapat utk interview. sebab aku tak dapat buat betul2 pun bleep test masa tu. taktau kenapa rasa kecewa sikit. sementara tunggu result UKCG, aku isi UPU. hm first choice, Diploma Farmasi. lol yakin sangat kan kata dapat padahal tak dapat pun first choice. dapat second choice jaa, tu pun Diploma Sains. Result interview keluar.. pun dapat. serious, masa check ni aku rasa lawak jaa sebab aku tak expect aku pass UKCG. Okay, gi la interview. punyalah tak tidur malam sebab study PIPPM apa semua tu. Masa interview tu, aku tak tahu dari mana aku dapat keyakinan nak bercakap. lancar pulak tu. IPG tempat aku interview tu cantik. serious cantik. aku dah terbayang dah betapa seronoknya kalau dapat belajar kat IPG tu. dari situ, minat nak jadi cikgu membuak-buak. aku rasa takut kalau2 tak dapat jadi cikgu, sebab dah jatuh cinta kan. hmm. dulu beria sangat cakap tak minat. bila dah minat, pandai pulak takut kalau tak berjaya. haha. Aku rasa resah setiap kali fikir pasal tawaran tu. Pulak dah masa tu dapat tawaran pergi UiTM Sarawak.. Diploma Sains. habislah, dilema la aku, ahaha~ xD Ramai jugak rakan-rakan dah sambung pelajaran, tinggal aku je masih tertanya-tanya nak gi mana. Bila dh tiba hari penentuan, first time aku check, aku tak dapat. Kecewa doo~ check untuk kawan, kawan pun tak dapat. sedih tak terkata~ aku pulak time tu kalut nak prepare konon nak pergi UiTM sebab IPG tak dapat. dah tu, kawan aku call, cakap dia dapat. kat Sabah. huaaa jauhnyaa~ Aku pun checkla sekali lagi. hahahahahaha Alhamdulillah dapat!
Bila aku baca sampai bawah, alamak. MELAKA?? Hoi jauh tuuuu. Aku paling jauh dengan family pun sekolah, nak p Melaka? Alamakkkk~ ahahaha. Pulak tu terkena tempat semua perempuan. Mulalah sahabat2 cakap jangan songsang la apala. weh tak desperate la okay. hahaha.

Sekarang ni, aku dah terbiasa dengan suasana kat sini. Aku takda niat nak cari jodoh di tempat orang. Jadi aku tak kisah sangat bab2 lelaki ni. Apa2pun, aku rasa bertuah sebab terpilih untuk datang ke IPG ni. Mata aku terjaga, aurat terjaga, pakaian pn terjaga. Alhamdulillah. satu yang aku suka pasal IPG ni, aku dihidangkan dengan majlis ilmu, group2 usrah. which mean, tak mementingkan study all the time. at least ada gak masa untuk pergi taman syurga kan. hekhek!
Last but not least, aku tenang kat sini. Aku jumpa ketenangan di sini. :') Alhamdulillah.
Thanks Allah for this beautiful journey~ :') aku tak menyesal terpilih untuk belajar di sini.
InshaAllah, I'll be a great teacher & a muslimah yg benar2 muslimah. semoga aku kekal istiqamah dan kuat dalam perjalanan ini. :') Aaamiin..

Conclusion, hidup aku berubah dah sekarang. banyak lagi yg aku akan tempuhi kat sini lepas ni..
Moga kekal tabah ya Cikgu Ummu! haha.

Setakat ni je entry kali ni. Fi Hifzillah, dear sahabat dan reader~
Bye. Assalamualaikum. ^_^