March 12, 2016

Coretan Tengah Malam

Assalamualaikum.

Lama dah tak update. Maaf. Assignment melambak.. Biasalah tu kalau dah tengah-tengah sem ni.

Haha.. tapi, apa yang aku nak tulis bukan ni..

Ini sekadar coretan tengah malam. For sure, coretan tengah malam dipengaruhi minda yang resah.
Yeah,  I tend to overthink bila tengah malam. Usually, kalau takleh tido, aku akan overthink.
I mean, everything in my life, aku fikir dan fikir.. Sounds tak interesting tapi tu yang aku buat.
Except minggu ni sebab aku nak overthink pun tak dapat cause I need to focus on my works.

Coretan tengah malam.

Orang kata aku kuat.. Tak, aku tak kuat..
Ya, aku mungkin nampak tak fikirkan sesuatu dengan serious..
Tapi, aku letih nak fikir lebih-lebih. Sebab aku tahu, semua tu sia-sia nak fikirkan dengan mendalam.
Not all, just half or a few of them.

Aku jadi heartless.. Aku jadi cepat rasa annoy bila orang kata cinta..
Aku macam tak berminat bila orang berbincang tentang cinta, perkahwinan, jodoh..
Kau tau? Aku pernah fikir pasal semua tu..
Aku pernah simpan harapan yang mendalam.. Tapi, orang khianati kepercayaan aku..
Membuatkan aku berhenti untuk terus mengharap..

Tapi...
Bohong kalau aku cakap hati aku tak terusik..
Aku punya rasa yang sama.. Cuma aku takut nak mulakan segalanya.
Aku tahu, orang tu baik. Tapi aku tak bersedia dengan semua ni.
Aku tak bersedia untuk dilukai, dikhianati sekali lagi..
Aku tak tolak dia, cuma,, aku nak jauhkan diri buat seketika..
Aku bukan tak peduli, aku mempunyai caraku tersendiri..

Nikah? Suami? Love?
It's too early.. I still have lot of priorities to take care of..
But, I do have a wish.. And I hope bakal zauj takkan jemu & layan je perangai yang satu ni..
Star gazing setiap malam.. Kalau ada bintang..
Sounds childish but that's what I want to do with the love of my life.
Aku pernah ajak classmate star gazing tapi sorang pun tak layan.. haha.. takpa2..
Love? I just wish someone who enter my life after this is my last.
No need to declare couple or what. Ya, mestilah get to know each other first..
Terus terang, aku lagi suka kalau orang pergi rumah tanpa rasa takut dan gentar dan rasa yakin nak jumpa mak & family aku. I want it to be in a proper way.
Tak perlu bercinta, cukup sebagai kawan jaa.
Kalau hati berkenan, pergi jumpa mak & family aku.
Kalau family setuju, jomlah bercinta selepas nikah. Haha.. Huish. mengarut..

Terlalu banyak persoalan yang ada di minda..
Sekarang, aku masih kumpulkan keyakinan untuk mendidik murid-murid..
Aku masih ingin kumpulkan kekuatan untuk berhadapan dengan masalah dunia yang penuh cabaran.
Aku masih berusaha untuk memperbaiki diri supaya aku boleh menjadi orang yang berguna suatu hari nanti..
Masih banyak yang aku perlu pelajari.. dan aku masih dalam level memperbaiki diri..
Aku masih membina keyakinan.. Yang paling penting, bina suara yang mantap dan jelas.
Haha. Kemahiran komunikasi tu..
Aku harap aku kuat... :/

Maaf, tapi aku perlu tamatkan coretan setakat ini..
Assalamualaikum..